21/12/2012 : tarikh kiamat ?
Share
Y2k, sebuah teori yang menyatakan berlakunya kiamat pada tahun 2000 yang lalu. Dan sekarang, dunia sekali lagi dilanda fenomena yang sama iaitu 2012. Namun, kemusnahan Bumi tidak akan berlaku pada 21 Disember 2012, melainkan dalam bentuk special effect yang mengagumkan dalam filem 2012. Walau bagaimanapun, pada tarikh berkenaan akan berlaku fenomena winter solstice (pegun musim dingin), iaitu keadaan dimana kecondongan paksi Bumi menjauhi matahari mencapai maksima pada 23 darjah 26 saat.
Seperti Y2K, 2012 telah dikaji secara lebih mendalam akan kesahihannya. Dan saintis yang membuat kajian telah mempunyai semua jawapan apabila masa semakin menghampiri tahun 2012. Di bawah adalah jawapan kepada beberapa soalan yang mungkin timbul dalam fikiran kita berkaitan dakwaan berlaku kiamat pada 2012.
Soalan : Adakah terdapat ancaman ke atas Bumi pada tahun 2012? Banyak laman web yang menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada Disember 2012.
Jawapan : Sesuatu yang buruk tidak akan berlaku kepada Bumi pada tahun 2012. Planet kita ini telah melalui peredaran zaman dalam keadaan baik selama lebih 4 billion tahun, dan ahli-ahli sains terkemuka mendapati tiada malapetaka yang akan menimpa Bumi yang boleh dikaitkan dengan tahun 2012.
Soalan : Dari manakah bermulanya ramalan tentang berlakunya kiamat pada tahun 2012?
Jawapan : Cerita itu bermula dengan tanggapan yang Nibiru, sebuah planet yang kononnya dikenalpasti oleh orang-orang purba Sumer, sedang bergerak menuju dan akan melanggar Bumi. Malapetaka itu pernah juga diramalkan akan berlaku pada Mei 2003, namun apabila tiada apa-apa yang berlaku pada ketika itu, tarikh kiamat itu mereka tunda pula ke Disember 2012. Kemudian kedua-dua dongeng tersebut dikaitkan pula dengan akhir kitaran kalendar kaum purba Maya yang jatuh pada tarikh berlakunya winter solstice tahun 2012—maka berlakulah kepercayaan yang kiamat akan terjadi pada 21 Disember 2012.
Soalan : Adakah kalendar kaum Maya berakhir pada Disember 2012?
Jawapan : Sebagaimana kalendar 2009 yang anda gantung di ruang dapur akan berakhir pada 31 Disember2009, kalendar Maya yang mengikut kiraan lebih panjang berakhir pada 21 Disember 2012. Kalendar 2009 anda memang sudah berakhir, tetapi ia bermula lagi dengan kalendar 2010 pada 1 Januari 2010. Pun begitu dengan kalendar Maya, satu kiraan tarikh yang panjang akan bermula lagi selepas 21 Disember 2012.
Soalan : Bolehkah fenomena berlaku dimana susunan sebaris planet-planet akan memberi kesan ke atas Bumi?
Jawapan : Tiada susunan sebaris planet-planet menjelang beberapa dekad akan datang, Bumi tidak akan melintasi satah galaktika pada 2012, dan biarpun susunan sebaris berlaku, kesannya ke atas Bumi tidaklah begitu ketara. Setiap bulan Disember Bumi dan matahari akan sebaris hampir dengan pusat galaksi Bima Sakti, namun itu adalah peristiwa yang berlaku setiap tahun tanpa sebarang akibat.
Soalan : Benarkah ada planet atau brown dwarf bernama Nibiru atau Planet X atau Eris yang sedang menuju Bumi dan mengancam keselamatan planet kita?
Jawapan : Nibiru dan cerita-cerita tentang planet-planet aneh hanyalah muslihat internet semata-mata. Tiada fakta mengenainya. Jika Nibiru atau Planet X benar-benar wujud dan sedang menuju untuk melanggar Bumi pada 2012, ahli-ahli falaq sudah pasti telah mengesannya sedekad yang lalu, dan pergerakannya akan boleh disaksikan dengan mata kasar pada ketika ini. Mendongaklah ke langit di waktu malam. Jika anda tidak melihatnya, jelaslah ia tidak wujud. Eris memang wujud, tetapi ia merupakan planet kecil lebihkurang Pluto yang akan tetap berada diluar sistem suria; jaraknya yang pernah paling hampir dengan Bumi ialah 4 billion batu.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan teori anjakan kutub? Benarkah kerak bumi berputar 180 darjah mengelilingi pusatnya dalam beberapa hari atau beberapa jam?
Jawapan : Keterbalikan putaran bumi adalah mustahil. Sememangnya berlaku pergerakan benua, misalnya Antartika berada hampir dengan khatulistiwa ratusan juta tahun dahulu, namun itu tiada kaitan dengan cerita keterbalikan kutub pusingan. Namun begitu, banyak lamanweb yang pro-kemusnahan menangguk keadaan sedemikian untuk mempersenda orang lain. Mereka mendakwa adanya hubungan antara putaran Bumi dengan kekutuban magnetiknya, yang sememangnya terjadi dari masa ke semasa, dengan keterbalikan magnetik berlaku secara purata setiap 400,000 tahun. Sepanjang pengetahuan, keterbalikan magnetik sedemikian tidak memudaratkan hidupan di Bumi. Untuk pengetahuan, keterbalikan magnetik tidak akan terjadi dalam waktu beberapa millennia akan datang.
Soalan : Mungkinkah Bumi akan dihentam meteor dalam tahun 2012?
Jawapan : Banyak komet dan asteroid yang jatuh ke Bumi, namun jarang ada yang besar. Impak besar mutakhir berlaku 65 juta tahun dahulu, yang menyebabkan kepupusan dinosaurs. Dewasa ini, ahli-ahli falaq Agensi Angkasalepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) sedang menjalankan pemantauan untuk mengesan asteroid-asteroid besar yang menghampiri Bumi. Mereka dapati tiada ancaman asteroid seperti yang telah memusnahkan dinosaurs.
Soalan : Terdapatkah bahaya dari ribut suria diramal berlaku pada 2012?
Jawapan : Aktiviti suria mempunyai kitaran tertentu, yang kemuncaknya berlaku setiap 11 tahun. Menjelang kemuncak aktiviti sedemikian, lonjakan bahang suria mampu mengganggu komunikasi satelit, dan para jurutera sedang berusaha menghasilkan elektronik yang kalis lonjakan bahang suria. Namun begitu, tiada risiko khusus yang berkaitan dengan 2012. Aktiviti suria maksima akan datang dijangka berlaku antara tahun 2012 dan 2014 dalam keadaan kitaran suria yang sederhana, tiada beza dengan kitaran-kitaran yang pernah dialami sebelumnya sepanjang sejarah umat manusia.
p/s : sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui bila tarikh kiamat tersebut ... Kita hanya perlu melaksanakan tugas yg dipertanggungjawabkan oleh-Nya ...