Sunday, February 14, 2010

Pasangan sejenis dipaksa kahwin

Share


LABUHAN BATU: Sekumpulan penduduk yang memaksa sepasang kekasih berkahwin selepas mengesyaki mereka melakukan perbuatan sumbang, terkejut besar apabila mendapati kedua-duanya adalah wanita.

Hendra dan Trisnawaty Lubis dipaksa berkahwin beberapa minggu lalu. Bagaimanapun, Khamis lalu seorang penduduk memberitahu jirannya bahawa Hendra sebenarnya wanita dan nama sebenarnya ialah Indah.

Jiran yang terkejut kemudian bersemuka dengan pasangan terbabit dan apabila Hendra mengesahkan dia wanita, mereka membuat laporan polis ke atas pasangan itu kerana mengamalkan cara hidup lesbian.

Stesen televisyen Metro TV melaporkan, pasangan itu memberitahu polis mereka tidak mahu berkahwin tetapi terpaksa berbuat demikian.

Trisnawaty dan Indah sering berjumpa dan menghabiskan masa di rumah Trisnawaty sehingga lewat malam sehingga penduduk tempatan menyangka Indah seorang lelaki.

Indah dan Trisnawaty memberitahu polis mereka tidak mahu berbohong tetapi bimbang reaksi penduduk.

“Saya tahu dia perempuan tetapi kami sangat takut,” kata Trisnawaty kepada stesen televisyen itu. - Agensi
blog comments powered by Disqus