Thursday, April 22, 2010

Doktor paling biadab di Britain

Share
MANCHESTER: Seorang doktor semalam didakwa berkelakuan biadab hingga menyebabkan lebih 800 pesakit lari untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan umum lain dalam masa empat tahun.

http://www.hmetro.com.my/articles/DoktorpalingbiadabdiBritain/pix_middle

Kebiadaban Dr Henry Hart yang melampau itu menyebabkan rakan sejawatannya di Pusat Kesihatan Bayside di Ulbverstone terpaksa meminta maaf kepada pesakit bagi pihak dirinya.

Perkara itu didedahkan kepada panel disiplin Majlis Perubatan Am, (GMC).

Doktor berusia 45 tahun itu dilapor hanya menghadap komputernya bukan melihat pesakit di depannya dan sering memperlekeh atau menakut-nakutkan rakan sekerjanya serta menggunakan bahasa kesat terhadap mereka di depan orang awam.

Semalam, Hart berdepan dengan pelbagai tuduhan disiplin sepanjang empat tahun menjadi ketua doktor di Pusat Kesihatan Bayside.

Sepanjang tempoh itu, 800 daripada 4,000 pesakit berpindah ke hospital lain.

“Dia mengulangi kelakuan buruknya sepanjang tempoh berkenaan,” kata Sharon Beattie, kaunselor GMC pada perbicaraan kelayakan untuk menjadi pengamal perubatan.

“Dia begitu biadab dan agresif terhadap kakitangan, rakan sekerja dan juga pesakit.” Menurut Sharon, pernah seorang tukang besi datang mengadu sakit belakang, Hart menjawab: “Tukar pekerjaan kamu.” Seorang lagi pesakit membawa anaknya berusia lapan tahun untuk mendapatkan rawatan tetapi Hart menggunakan bahasa begitu kasar hingga menyebabkan kanak-kanak itu menangis.

Dia juga didakwa sering duduk membelakangkan pesakitnya yang datang untuk mendapatkan rawatan, tidak mempedulikan pesakit berkenaan, sebaliknya tertumpu pada komputernya.

Sharon memberitahu, kakitangan hospital juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran sikap kasar doktor itu.

“Pernah seorang penyambut tetamu meminta dia menemui seorang pesakit tetapi Hart menengking dengan berkata: ‘Pergi Jahanam. Saya tidak mahu menemui pesakit. Mereka semua lambat. Mereka perlu pergi ke hospital.’” Hart juga dituduh menyelongkar pejabat rakan doktornya yang lain di pusat berkenaan tetapi mengunci biliknya kerana takut mereka juga akan melakukan perkara yang sama.
blog comments powered by Disqus