Saturday, July 17, 2010

Penduduk Indonesia tersalah arah kiblat

Share
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigRi1x7Oz3XUhZp0Aq6Ok1lD9fxbsy9EmQMS1cVUXcmKCId9nUNHYidGPv7G3_2QRijRCE9DwLEP4rbR1_ElNjdMlMksNkeUVlTT_OD9zvj3nQDU2EtLG2khtP4YB6ETEhOuQrD_fkRoE/s400/MAKKAH-PAAK-16.jpg
Mengejutkan, rupa-rupanya selama ini rakyat Indonesia telah tersalah arah kiblat. Itulah keputusan Majlis Ulama Indonesia (MUI) selepas membuat kajian tentang arah kiblat yang digunakan oleh penduduk di republik yang memiliki kira-kira 200 juta umat Islam, yang merupakan negara umat Islam terbesar dan memiliki penduduk Islam paling ramai di dunia.

Kesilapan itu dikesan selepas MUI membuat kajian ulangan penentuan kiblat negara itu, dan mengesahkan arah yang difatwakan selama ini adalah salah. Arah kiblat republik itu selama ini disahkan salah kerana ia menghala ke Tanzania, Somalia Selatan dan Kenya, bukan ke arah kaabah di Makkah.

Badan Komunikasi Maklumat dan Penerbitan Nahdlatul Ulama (PBNU) akan memaklumkan penentuan secara tepat arah kiblat Indonesia petang ini. Ketua PBNU dan Pengurus Besar Nadhlatul Ulama, HM Sulthan Fatoni berkata ‘Rashdul Kiblat’ (penentuan arah Kiblat) akan ditetapkan jam 16.26 petang ini waktu tempatan (17 Julai) , apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.

http://kebunketereh.com/wp-content/uploads/2010/01/holy_makkah.jpeg
Kaabah di Masjidil Haram, Makkah yang menjadi kiblat kepada umat Islam seluruh dunia

“Pada waktu itulah bayang matahari ke atas semua benda yang berdiri tegak pada permukaan datar menghala tepat ke arah Kaabah. Waktu ini perlu dimanfaatkan umat Islam negara ini membetulkan arah kiblat masjid, surau dan tempat bersolat lain yang mungkin belum tepat. Kaedah ini disahkan betul dan dapat menunjukkan arah kiblat yang sebenar,” katanya yang dipetik laman web berita inilah.com.

Sulthan berkata pandangan ini merujuk kepada ketetapan yang dibuat Lajnah Falakiyah PBNU dalam bidang astronomi. Beliau berkata Kaabah berada pada kedudukan barat laut dan condong 20 hingga 25 darjah arah utara dari Indonesia.

Pada 22 Mac yang lalu MUI telah menetapkan arah kiblat solat bagi Indonesia ialah arah barat kerana negara ini berada di sebelah timur Mekah. Walau bagaimanapun setelah perkiraan semula dilakukan oleh ahli Falaq, mereka memutuskan bahawa arah yang selama ini diyakini itu adalah salah kerana ia mengadap ke Afrika, ke arah Somalia, Kenya dan Tanzania.

Sehubungan itu, MUI telah mengeluarkan fatwa membetulkan arah kiblat solat bagi umat Islam di Indonesia dari arah barat menjadi arah barat laut mulai Rabu (14 Julai). Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI Anwar Ibrahim berkata majlis itu tidak memberikan perincian mengenai ukuran darjah perubahannya kerana ia akan bergantung kepada kedudukan wilayah masing-masing di Indonesia.

http://kebunketereh.com/wp-content/uploads/2010/07/Indonesia.png
"Indonesia letaknya tidak di timur Kaabah tapi agak ke selatan, jadi arah kiblat kita juga tidak barat tapi agak miring iaitu arah barat laut", kata Ketua MUI Ma’ruf Amin yang dipetik oleh agensi berita Antara

Dengan pengeluaran fatwa baru ini, MUI meralat fatwanya sendiri yang dikeluarkan . Kiblat bagi umat Islam yang bersolat di Masjidil Haram Mekah ialah mengadap ke bangunan Kaabah (ainul kaabah) sementara kiblat bagi orang bersolat yang tidak dapat melihat Kaabah ialah ke arah Kaabah (jihat al-Kaabah).

“Indonesia itu letaknya tidak di timur Kaabah tapi agak ke selatan, jadi arah kiblat kita juga tidak barat tapi agak miring iaitu arah barat laut,” kata Ketua MUI Ma’ruf Amin yang dipetik oleh agensi berita Antara. Namun Ketua MUI itu meminta masyarakat Islam di Indonesia tidak panik dengan perubahan arah kiblat itu. “Tidak mutlak arahnya, kerana yang dituju bukan Kaabah secara fizikal tetapi jihat (arah) Kaabah, dan itu boleh berbeza-beza di setiap tempat,” kata seorang lagi pemimpin MUI Amidhan.

Para pemimpin MUI menyatakan bahawa pembetulan arah kiblat itu tidak harus dibuat dengan merombak kedudukan bangunan masjid, tetapi cukup dengan menyesuaikan garis saf (barisan) solat dengan kiblat yang sebenarnya.

Sementara itu sejumlah masjid di Indonesia didapati belum membetulkan arah kiblat masing-masing dengan alasan belum mendapat pemberitahuan rasmi daripada MUI.

Sumber : http://kebunketereh.com
blog comments powered by Disqus