KENYATAAN PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)
Share
Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam amat mengecewakan umat Islam arusperdana. Setelah Festival Fesyen Islam yang mencetus polemik penghinaan kepada agama Islam dan umat Islam di Malaysia, kedudukan Islam dan umat Islam dilihat seolah-olah terus diganyang oleh pihak Kerajaan. Program ini amat bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri baru baru ini yang mengatakan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam di Malaysia tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia terkunci kemas dan terpateri di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malah menurut Perdana Menteri kunci tersebut disimpan selamat oleh Raja Raja Melayu yang telah berikrar memelihara Islam pada setiap masa seperti yang terdapat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
Menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam ada suatu cubaan untuk menanam budaya asing di bumi Malaysia. Malah ianya tidak selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang berteraskan Islam serta prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Rakyat Malaysia khususnya orang Islam telah disogok dengan pelbagai rancangan hiburan di dalam media elektronik dan bukan elektronik. Sekarang budaya berhibur inimahu ditambahkan lagi dengan konsert-konsert dan pertunjukan yang langsung tidak mencerminkan budaya
masyarakat timur. Berpeleseran di waktu malam hanya akan mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan. Dengan kadar jenayah seperti pembunuhan, rogol dan pembuangan bayi yang semakin meningkat, kehadiran hub hiburan malam hanya akan menambahkan lagi statistik jenayah ini sahaja.
Pelaksanaan undang-undang jenayah juga telah gagal menjadi factor mengurangkan kadar jenayah di dalam negara kerana undang-undang tersebut tidak menekankan aspek pencegahan dan naluri kerohanian masyarakat negara.
Dengan membudayakan hub hiburan ini sudah pasti masyarakat Malaysia akan terus pincang dengan kebejatan akhlak dan moral khususnya di kalangan muda-mudi.
Kekayaan ekonomi negara sendiri akan punah sekiranya rakyat hanya mahu berhibur dan tidak berusaha sepenuhnya mencapai kejayaan.
Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai cuba mendekati masyarakat bukan Islam dan masyarakat liberal tetapi mengenepikan kehendak masyarakat Islam arusperdana yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.
PPMM dengan tegas mendesak Perdana Menteri menarik balik Program ETP tersebut dan menghormati kedudukan agama Islam di sisi Perlembagaan Persekutuan. DYMM Yang Di Pertuan Agong juga mempunyai obligasi beperlembagaan (constitutional obligation) pada setiap masa bagi memelihara Islam dan tatabudaya orang Melayu. PPMM juga merafak sembah kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong agar mempertahankan jatidiri kebangsaan yang berteraskan kepada Islam di dalam setiap tindakan kerajaan.

***
Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Bertarikh pada 27hb Oktober 2010
Sumber : http://anzsensei.blogspot.com/
Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Bertarikh pada 27hb Oktober 2010
Sumber : http://anzsensei.blogspot.com/