Jenis-jenis Zikir
Share
Zikir itu menyenangkan bagi orang yang telah menemui kelazatannya. Lalu dengan pendekatan yang benar kepada Allah dan menghadap dengan baik kepadaNya, zikir akan memberi ketenangan kepada Hambanya yang selalu ingat kepada Allah. Insyallah marilah kita semua meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.
Kita sudah maklum bahawa berzikir adalah suatu ibadah yg disyari’atkan. Tetapi sebelum kita berzikir, kita hendaklah ada ilmu tentang tasawwur zikir itu. Ini kerana antara salah faham bagi kebanyakan orang Islam ialah mereka ingat zikir itu hanya zikir lisan sahaja dan tidak lengkap jika tanpa biji tasbih.
Zikir ada tiga jenis :
Zikir lisan. Ia memerlukan sesorang yang berzikir di waktu-waktu yang sunnah dengan zikir-zikir yang makthur (yang diterima dari Sunnah). Kaifiatnya : berzikir dgn lisan yg didengar oleh telinga sendiri, kemudian hendaklah difahami dan direnungi setiap apa yg dizikirkan. Pendapat anNawawi yg dikutip oleh alHubaisyi, alBarakah fi Fadhli al Sa’yi wal harakah, ms 309).
Zikir arRi’ayah (zikir hati), maksud zikir ini ialah bukanlah zikir “La ilaha illaLlah” dalam hati, tapi seseorang merasai dirinya dibawah pengawasan Allah, merasai dirinya diperhati Allah setiap masa.
Zikir umum iaitu kita sentiasa menjauhi diri dari kelalaian dan tipu daya nafsu dan syaitan juga zikir.(Ibn alQayyim alJauzea, Madarij asSaalikin Jld 2/434).
Penutup
Zikir itu sebenarnya memberi suatu bentuk ketenangan yang tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Ia meresap kedalam hati nurani yang selalu ingat kepada Allah. Hati yang kotor, selalunya hati tak tenteram. Selamat beramal semua.
Sumber : http://zikrihusaini.com/