Thursday, April 22, 2010

986 pilih hidup sebagai Muslim

Share
KUALA LUMPUR: Golongan bukan Melayu semakin tertarik kepada Islam, malah di Wilayah Persekutuan sepanjang tahun lalu saja seramai 986 orang memilih untuk menjadi Muslim dengan sebahagian besar berketurunan Cina.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zainal Abidin Jaafar , berkata jumlah saudara baru Islam itu menunjukkan pergerakan yang semakin meningkat setiap tahun.

Menurutnya, dari Januari hingga Mac lalu pula merekodkan kira-kira 300 orang memeluk Islam, dengan kebanyakannya kaum Cina.

“Jumlah ini nampaknya meningkat. Kebanyakan mereka yang masuk Islam atas kesedaran dan kefahaman. Tidak ada unsur paksaan.

“Mereka yang masuk Islam pula kita bimbing, malah program pagi ini juga sebagai satu cara untuk mendekatkan mereka dengan masyarakat Islam,” katanya pada Majlis Mahabbah Saudara Muslim 2010 di Masjid Muhsinin, Jalan Klang Lama, di sini, semalam.

Hadir sama, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Datuk Hasbullah L Isa.

Program itu dimeriahkan dengan beberapa acara seperti senaman Tai Chi, ceramah, peraduan mewarna dan permainan, membabitkan penyertaan pelbagai kaum tanpa mengira usia dan pegangan agama.

Zainal Abidin berkata, pihaknya akan menjadikan program saudara baru di masjid sebagai projek perintis Jawi bagi mendekat lagi hubungan mereka dengan masyarakat setempat.
blog comments powered by Disqus