Thursday, April 22, 2010

Wanita perlu sentiasa ditemani mahram

Share
http://4.bp.blogspot.com/_BfcS1uxsp20/StdS6XDFrFI/AAAAAAAAAeM/3hm5a_RCx-s/s400/Suami+isteri+turut+membantu+menjadi+perayu+undi.JPG

Wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan persekitaran dan perlu ditemani mahram terutama ketika perlu berjumpa seseorang lelaki secara peribadi biarpun doktor yang merawatnya, supaya tidak mudah menjadi sasaran 'manusia pelik' yang mempunyai nafsu luar biasa.

Perunding Psikologi K&A Applied Psychology Consultancy (KAPC), Khairol Anuar Masuan, berkata wanita perlu sentiasa peka dengan persekitarannya dan tidak mudah mempercayai orang, apalagi yang membabitkan tubuhnya.

Beliau berkata, ini kerana ada lelaki yang mempunyai nafsu pelik yang pelbagai, dikenali sebagai 'fetish' atau 'voyeur', dan mereka hanya merasa puas secara seksual selepas mengintai perlakuan atau melihat barangan peribadi milik wanita.

Katanya, ada pelbagai minat seksual yang kadang-kala wanita tidak terfikir, antaranya ada lelaki terangsang apabila melihat wanita mengandung, wanita berpakaian jururawat atau pramugari dan tidak kurang pula boleh terangsang apabila melihat wanita berlagak ala lelaki atau ‘tomboy’.

“Mungkin pelik pada kita tetapi ada lelaki yang melihat beg wanita pun boleh rasa terangsang, apalagi jika melihat pakaian dalam yang dijemur di ampaian.

“Ada pula yang melihat kasut atau stokin wanita pun boleh terangsang, oleh itu wanita perlu sentiasa berhati-hati atau lebih baik ditemani mahram ke mana-mana supaya tidak menjadi mangsa lelaki yang bernafsu pelik seperti ini.

“Bukan setakat mencabul, malah ada rekod yang menunjukkan lelaki bernafsu pelik ini boleh sampai tahap merogol kerana tidak dapat membendung nafsu mereka,” katanya.

Beliau merujuk laporan Harian Metro semalam mengenai seorang lelaki yang menyamar doktor dan merayau di wad bersalin ketika waktu melawat, semata-mata untuk mencabul wanita mengandung.
blog comments powered by Disqus