Ahli Zikir
Share
Kita serba tahu, siapa para ilmuan dan juga para tokoh-tokoh ilmuan dan para pemikir yang banyak sumbangannya kepada negara. Namun kita terlupa, bahawa ahli zikir merupakan satu ahli sangat tinggi darjatnya berbanding ahli ilmuan , seperti doktor, professor dan sebagainya.
Maksud yang ingin aku sampaikan ialah, ilmu Islam yang disampaikan sekarang ini sudah hilang rohnya. Sudah tidak berperanan lagi menyuluh kehidupan. Hanya jadi bahan mental exercise (rohani yang kosong). Sebab itu, kalau kita tengok dan lihat sesetengah orang itu, apabila makin tinggi ilmu semakin sombong riak dan takbur, bukannya semakin merendah diri.
Dah tak ambil kira dalam aspek keikhlasan dan soal menimbulkan rasa kehambaan seperti rasa rendah diri, rasa hina dan malu di depan Tuhan. Masyaallah, tuan-tuan banyak mengucaplah!!
“Orang yang ada rasa takut dan malu dengan Allah akan meninggalkan maksiat. Orang yang merasai Allah melihatnya, tentu tak berani nak gelapkan duit, rasuah, berzina, berkhianat.”
Macamana pulak dengan senario hari ini, terutamanya di Negara kita ramai yang sembahyang, tapi masih pemarah, masih sombong, masih mengumpat dan masih buat maksiat. Wallahuallam.
Siapa ahli zikir?
Ahli zikir, orang yang sentiasa ingat Allah. Hanya orang bertaqwa yang sentiasa ingat Allah. Selain taqwa, seseorang itu perlu faham psikologi manusia dan psikologi masyarakat, faham isu semasa dan ada ilmu khusus yang luas, barulah dia dapat selesaikan masalah yang mengancam dan mencengkam setiap aspek kehidupan manusia.
Kita perlukan ahli zikir!!
Haruslah kita ingat, kita ialah ahli zikir sekiranya kita adalah diantara golongan-golongan yang sentiasa berusaha untuk ingat kepada Allah. Bukan semestinya akan kita perlu berzikir 24 jam. Tetapi hidup dan matinya selalu ingat kepada Allah. Setiap perbuatan, dugaan yang menimpa terhadap diri kita semuanya datang dari Allah. Setiap darah yang mengalir adanya zikir yang sebati didalamnya.
Allah angkat darjat Ahli zikir
Ingatlah tuan-tuan yang dirahmati Allah, hidup kita hanya sekali. Peringatan ini sebenarnya untuk diriku yang semakin alpa, hanyut ditelan arus duniawi yang semakin deras ombaknya. Bukan kemasyuran yang kita mahukan, tetapi ialah keredhaan Allah semata-mata.
Sumber : http://jiwakacau.net/