Jom berzikir!
Share
Zikir dalam kehidupan seharian.
Seperti yang kita tahu, zikir merupakan amalan kerohanian yang diperlukan kepada diri kita untuk menjadi insan selalu ingat kepada Allah. Sesungguhnya berzikir kepada Allah SWT merupakan sebaik-baik ibadat kerana Allah SWT menjadikan ibadah-ibadah yang lain mempunyai kadar dan had serta mempunyai waktu dan keadaan yang tertentu.
Tetapi berlainan dengan zikir, Allah SWT tidak menjadikan ibadah zikir itu terhad dan berwaktu bahkan menyuruh supaya memperbanyakkan amalan tersebut berdasarkan firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya” (Al-Ahzab : 41).
Ketahuilah bahawa sesungguhnya berzikir kepada Allah merupakan sebaik-baik ibadah, sebesar-besar ketaatan dan sebenar-benar tanda penghambaan diri kepada Pencipta bumi dan langit, sama ada berzikir secara senyap atau pun nyaring, sama ada secara berseorangan atau berkumpulan, sama ada di masjid atau pun di tempat yang lain, sama ada selepas solat atau pun pada waktu-waktu yang lain.
KELEBIHAN BERZIKIR
Sebenarnya manfaat dari berzikir ini banyak, tetapi perlu ingat, niatkan dalam hati supaya ikhlas kerana keredhaan kepada Allah, insyallah.
1. Zikir melahirkan budi pekerti yang luhur. Dengan mengingati Allah,maka kita akan terhindar dari melakukan perkara yang buruk.Firman Allah: “Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab,dan dirikanlah solat kerana sesungguhnya solat itu dapat menghalangi manusia daripada keburukan dan kemungkaran dan sesungguhnya mengingati Allah (berzikir)lebih besar,dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Al Ankabut 45
2. Zikir mendekatkan diri kepada Allah. Firman Allah: “Kerana itu,ingatlah kamu kepadaKu nescaya aku ingat pula kepadamu,dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu.” Al Baqarah 152
3. Zikir boleh menenangkan jiwa. Firman Allah: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingat Allah,hati menjadi tenteram. Ar Ra”ad 28
4. Berzikir memperoleh keampunan. Firman Allah: "Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah(berzikir),Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” Al Ahzab 35
5. Berzikir dapat melepaskan diri dari bahaya. Firman Allah: “Maka Yunus ditelan oleh ikan yang besar.Maka kalau sekiranya,dia tidak termasuk orang-orang banyak mengingat Allah,nescaya ia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu hingga hari berbangkit”. As Shafaat 142.
6. Berzikir memperoleh pahala yang tinggi. Rasulullah bersabda: “Dua kalimah yang tercinta kepada Tuhan Yang pemurah,ringan diucapkan pada lidah,berat dalam timbangan iaitu: Subhanallahi Wabihamdihi, Subhanallahil Aziim.”(Bukhari dan Muslim) ADAB BERZIKIR Adab berzikir ini dapat fahamkan dari Firman Allah : “Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut,dan dengan tidak mengeraskan suara,di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Al ‘Araf 205.
7. Mengusir syaitan dan melemahkan kekuatan syaitan.
8. Menyebabkan Allah redha
9. Menghilangkan perasaan cemas dan kebimbangan.
10. Merasa kesenangan dan kebahagiaan dalam hati.
11. Menguatkan anggota badan dan fikiran.
12. Mencerahkan mata dan hati.
13. Membuka pintu rezeki.
14. Menghidupkan hati.
15. Melindungi dari perangkap dan penyelewengan.
16. Allah membanggakan orang yang berzikir di hadapan para Malaikat.
17. Membantu kepada semua bentuk ibadah yang lain.
Hadis saranan zikir :
Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)
Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda : Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa? (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)
3 peringkat zikir
Ada 3 peringkat zikir yang boleh kita sampai ketahap-tahap yang disebutkan dibawah ini, insyallah.
1. Zikir Qauli
Zikir qauli adalah zikir dengan menyebut nama Allah dengan lidah dan meresapkannya ke dalam hati, seperti membaca tasbih, tahmid, takbir, istighfar, tahlil, membaca al-Quran dan sebagainya.
2. Zikir Fi’li
Zikir Fi’li adalah zikir dengan perbuatan, umpamanya meninggalkan perbuatan maksiat, menuntut ilmu, mencari rezeki halal, menghibur orang yang sedang kesusahan dan seumpamanya.
3. Zikir Tafakur
Zikir Tafakur adalah zikir yang dilakukan dengan memikirkan makhluk-makhluk cipataan Allah setiap waktu dan keadaan.
Zikir inilah yang paling tinggi darjat ketinggiannya yang selalu para solehin capai ketahap ini. Subhanallah!
Contoh zikir harian.
Sebenarnya banyak jenis zikir. Tetapi yang afdal, zik rasakan paling basic/asas dalam berzikir selepas sembahyang, jangan lupa baca, subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sebanyak 33 kali dan lailahaillah.
Kesimpulan :
Amalan yang demikian mempunyai faedah yang besar; Antara kelebihan yang utama adalah melembutkan hati dan menarik diri untuk mengingati Allah dan nikmat-nikmat-Nya. Ia juga melahirkan penghambaan serta merasa khusyuk selepas bermunajat ketika solat dan selepas memohon kepada Allah. Kesemuanya ini dituntut oleh syarak.
Maka bersungguh-sungguhlah berzikir selepas daripada solat fardu. Tidak ada yang mampu menghalangi disebabkan sekelompok yang mengharamkannya. Berwaspadalah dari mengharamkan diri kamu dengan pahala ketaatan ini dan kelebihan yang diharapkan. Allah tidak pernah mensia-siakan amalan mereka yang melakukannya. Setiap amalan disertakan dengan niat dan amalan setiap individu adalah dengan apa yang diniatkannya.
Semoga kita selamat beramal, sekiranya ada salah dari segi amalan-amalan yang disebutkan, mohon ampun dan maaf dan tolong betulkan.
Sumber :
* http://cahayamukmin.blogspot.com/
* http://www.thaqofah.com/
* http://mytaubat.blogspot.com/