Monday, April 4, 2011

Cinta hanyalah satu perasaan biologi sahaja

Share
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIKd35Ge81o9Uvf7miB7bfl9ZPWcDdo6osv7VD3GTvhhZAeOsbGCNe2SSkjXXF3r2Pnb3EmAtpntHMS6B-ytBYewemNLDiNdVCqYGLARB2jxxxzENr7s9SDLqkUrYVT9ab2sMq13a5Bhhw/s400/what-is-love.jpg

I love you !
Saya jatuh cinta kepada kamu !
I sangat Sayang you !
I rindu you

Itulah ayat–ayat yang sangat diminati oleh semua orang tanpa had umur dan jantina.

Apa itu cinta ?
Cinta selalunya disalah tafsir oleh kita. Cinta bukanlah sesuatu yang suci atau pun sesuatu yang sangat mustahak bagi umat manusia.

Cinta hanyalah suatu perasaan yang wujud dihati manusia apabila melihat jantina yang bertentangan dengan Kita ( Opposite Sex ). Perasaan itu selalunya wujud disebabkan oleh keinginan untuk mengadakan hubungan sex dengan pasangan tersebut atau kerana tertarik dengan bentuk badan, kecantikan, kebolehan atau sesuatu yang lain.

Perasaan ini selalunya ditafsirkan sebagai cinta. Keinginan sex adalah sesuatu yang normal, semua binatang, kehidupan dan manusia mesti ada keinginan untuk mengadakan hubungan sex, apabila alat kelaminya mula berfungsi dan badannya sudah ada upaya untuk menghasilkan generasi berikutnya.

Alam semulajadi (Mother Nature) diberi tugas untuk menstabilkan kehidupan-kehidupan yang terdapat di muka bumi. Perasaan sex yang wujud dihati kita atau perasaan, perangsangan yang wujud di badan kita dihasilkan oleh alam semulajadi untuk menghasilkan generasi manusia yang baru supaya manusia tidak pupus dari muka bumi ini dan bukan untuk tujuan yang lain.

Kita manusia yang ada akal fikiran dan bangsa yang ada agama, tradisi, pendidikan perlulah berfikir sebelum bertindak untuk perasaan tersebut. Ramai orang kehilangan tujuan kehidupan, kehilangan maruah keluarga, kehilangan dara, kehilangann pendapatan, kehilangan simpanan dan sebagainya oleh kerana persaaan ini.

Perasaan Cinta hanyalah wujud apabila manusia memilih seorang pasang untuk mengadakan hubungan sex dan menghasilkan generasinya melalui pasangan tersebut.

Selalunya manusia tidak sedar, kenapa mereka tertarik dan berminat dengan pasangan tersebut. Kadanag-kadang ada yang memberi beberapa alasan yang nampak sebagai logik tetapi cinta itu 90 peratus wujud kerana keinginan sex. Jadi berfikir dan pahamilah apa itu cinta.

Jadilah kaum yang berfikir.

sumber : http://www.tranungkite.net/


blog comments powered by Disqus