Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Sesungguhnya dalam SUNNAH ada kejayaan!

http://www.islam-australia.net/21st%20Century%20Revert%20Stories/kalima4.gif

Allah Maha Kuasa, Makhluk Langsung Tiada Kuasa

Tuan-tuan, sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan. Di luar sunnah tiada kejayaan. Apakah sunnah itu? Iaitu cara nabi s.a.w. Bila kita ikut cara nabi s.a.w, Allah s.w.t akan beri kita kejayaan dunia akhirat. Cara lain selain cara nabi s.a.w, tiada kejayaan. Cara lain selain cara nabi s.a.w , akan menempuh kegagalan. Oleh itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa hanya cara nabi s.a.w yang bawa kejayaan, selain cara nabi s.a.w, langsung tiada kejayaan.

Cara Nasrani tiada kejayaan, cara Yahudi tiada kejayaan, cara Komunis tiada kejayaan, cara Sekular tiada kejayaan. Cara Timur tiada kejayaan. Cara Barat tiada kejayaan. Cara Hindu tiada kejayaan, cara Buddha tiada kejayaan. Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t, Maha Besar dan Maha Berkuasa.

Apakah kejayaan? Kejayaan ialah apabila kita berjaya menyediakan diri kita untuk MENGUCAPKAN KALIMAH LAILAHAILLAH DI AKHIR KALAM yakni kita mati dengan membawa iman kepada Allah s.w.t.

Iman tidak akan didapati dari cara selain cara nabi s.a.w. Iman hanya boleh didapati dengan CARA NABI S.A.W.

Cara Nasrani tidak bawa iman, cara Yahudi tidak bawa iman, cara Komunis tidak bawa iman, cara Sekular tidak bawa iman. Cara Barat tidak bawa iman. Cara Timur tidak bawa iman. Cara Hindu tidak bawa iman, cara Buddha tidak bawa iman. Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat iman, dengan iman inilah KITA AKAN DAPAT KEJAYAAN.

Hari ini umat Islam sudah banyak tinggalkan sunnah nabi s.a.w. Sebaliknya ramai umat lain selain umat Islam mengamalkan sunnah nabi. Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI DUNIA. Umat lain pula mendapat KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA. Contohnya kebersihan.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya,dari Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)

Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi (membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”

Betapa lengkapnya Islam sampai membersihkan hidung pun jadi sunnah nabi s.a.w. Sebab itu siapa ikut sunnah nabi s.a.w, secara automatik dia jadi pembersih.

Lihat negara-negara Barat tuan, mereka amalkan sunnah nabi, jaga kebersihan, mereka dapat kejayaan di dunia. Lihat Jepun tuan, lihat Korea tuan, tempat mereka bersih dan kemas, maka mereka dapat kejayaan dunia dengan amalkan sunnah nabi. Tetapi mereka semua tidak dapat kejayaan akhirat sekaligus kejayaan segala kejayaan. JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W, KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT, IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.

Sebab itu di dalam sunnah ada kejayaan. Bersihkan pejabat tuan, bersihkan rumah tuan. Tuan akan lihat di dalam sunnah ada kejayaan.

Nabi juga meminta kita bersugi (membersihkan gigi) dan ini sunnah nabi s.a.w.

Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ". ( Riwayat Baihaqi )

"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi". ( Riwayat Muslim )



Lihat tuan-tuan! Betapa sempurnanya Islam sehinggakan orang yang bersugi mendapat redha Allah s.w.t dan solatnya lebih baik dari 70 puluh rakaat solat yang tidak bersugi. Nabi ajak kita jadi individu terhormat dan mulia. Islam ajak kita jadi manusia wangi, bersih dan sihat. Sebab itu orang yang ikut sunnah nabi s.a.w nescaya akan mendapat kejayaan. Hanyasanya orang yang berjaya ialah orang yang meletakkan dirinya dalam kemuliaan agama.

Adakah agama-agama lain mengajak penganutnya bersugi atau membersihkan hidung? Mari tuan-tuan kita ikut sunnah nabi s.a.w! Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.

Salah satu sunnah nabi s.a.w adalah solat berjemaah. Dengan solat berjemaah, kita dapat mengenali ahli kariah kita, jiran-jiran dan saudara-saudara kita. Ini memupuk kebaikan sosial dan ukhuwah sesama umat Islam. Islam bukan mengatur sistem individualistik. Islam adalah agama kemasyarakatan. Islam bukan agama rahib dan pendeta yang bersunyi diri. Islam agama yang sosial dan komuniti.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu : Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

5 perkara ini jika tuan-tuan buat maka tuan-tuan semua telah tunaikan hak-hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya. Islam menganjurkan hidup bermasyarakat. Bukan hidup terpencil seorang diri. Inilah kesempurnaan hidup beragama. Bila kita ikut Islam, kita akan mencapai kesempurnaan hidup, di dunia dan akhirat. Bila kita ikut sunnah, kita akan dapat kejayaan. Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.

Bila di dalam kubur nanti malaikat tanya:

"Ma Ikhwanuka?" (Siapa saudaramu?)

Kita tak payah jawab tuan, mulut kita terkunci rapat. Yang jawab ialah amal kita. Nah! 5 perkara tadi yang akan jawab siapa saudara kita.

Bila kita ikut sunnah nabi, bukan sahaja kejayaan dunia, malah kita akan dapat kejayaan di akhirat. Yakinlah tuan-tuan.

Jika kita contohi cara hidup nabi, kita akan dapat banyak kejayaan di dunia, disamping ganjaran pahala dari Allah Yang Maha Pemurah. Contohnya makan ikut cara nabi juga bawa kejayaan. Bagaimana nabi makan? Nabi makan dengan menggunakan jari, dan lepas makan nabi menjilati jari-jemarinya :

Kaab bin Malik r.a bercerita, "Sesungguhnya Nabi s.a.w menjilati jari-jemarinya (sehabis makan) tiga kali" (diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan, dari Said bin Ibrahim, dari salah seorang anak Kaab bin Malik, yang bersumber dari bapanya)

Kenapa kena ikut cara nabi s.a.w? Kenapa kena ikut makan cara nabi s.a.w?

Hamba Allah : Saya tidak mahu awak jawab dengan berkata ini sunnah...ini sunnah...kena ikut. Saya sudah bosan.

Jadi nak jawab bagaimana yang tuan inginkan?

Hamba Allah : Saya mahu awak jawab dari segi logik kenapa saya perlu ikut sunnah. Contohnya makan dengan jari dan lepas makan kena jilat jari. Eiii...ini sungguh menjijikkan. Saya selalu guna sudu dan garpu. Ini lebih bertamadun.

Owh...tuan mahu saya terangkan dari segi asbab keduniaanlah, kenapa perlu makan ikut cara nabi. Jangan risau tuan. Selama tuan ikut cara nabi s.a.w, tuan tetap dapat habuan di dunia malah ganjaran di akhirat. Tuan tidak perlu risau jadi miskin atau hina lepas amal cara nabi s.a.w malah tuan akan jadi mulia dan hidup tuan jadi berkat. Tidak mengapa kalau tuan makan dengan garpu dan sudu, tak jadi masalah, tapi kalau tuan ikut cara nabi memang tiada masalah malah boleh selesai masalah.

Hamba Allah : Saya tak nampak amal makan cara nabi buat saya jadi mulia. Makan dengan jari nampak kekampungan. Lepas itu jilat jari,menambahkan ciri-ciri primitif dan tidak bertamadun.

Itu tuan yang kata ke atau 'Orang Barat' yang kata? Bertenang ya maulana. Fikir dahulu sebelum bercakap. Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan. Pegang perkataan ini sampai mati.

Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan? Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya. Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon. Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C. Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin, di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan. Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.



Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur, ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan. Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur. Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan).

Hamba Allah : Ok, berikan lagi contoh dalam sunnah ada kejayaan.

Tuan nak lagi? Boleh...contoh sebelum makan sunnah makan buah dahulu. Bila kita ikut sunnah makan cara nabi s.a.w, Allah akan beri ganjaran pahala sebab ikut sunnah nabi.

Hamba Allah : Saya tidak mahu dengar pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak nampak semua benda tu. Saya nak tahu apa kajian saintifik makan buah sebelum makan. Biasanya makan buah selepas makan sebagai pencuci mulut. Pelik.



Masya Allah tuan. Nampaknya tuan sudah ketinggalan zaman dan bertabiat pelik secara saintifiknya. Makan buah selepas makan adalah amat tidak menyihatkan.

Hamba Allah : Apa? Tidak sihat? ni budaya dari Barat. Semua dari Barat adalah betul...betul dan betul. Mereka adalah kaum yang bertamadun dan saintifik. Bukan macam orang Islam. Jumud, kolot dan tak saintifik.

Astaghfirullahalazim. Sebenarnya tuan apabila tuan makan buah selepas makan maka khasiat atau zat dari buah-buahan tadi tidak dapat digunakan dengan sempurna oleh tubuh tuan. Tuan hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong. Kenapa? Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut. Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya. Tetapi,sekiranya terdapat kanji, kentang ataupun daging di dalam perut, buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai. Pernahkah tuan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam? Ini kerana tuan tidak makan dengan cara yang betul. Tuan SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG.

Hamba Allah : Subhanallah! Di dalam sunnah ada kejayaan.

Begitulah tuan-tuan, di dalam sunnah ada kejayaan. Ini baru bab makan dan kebersihan, berpuluh-puluh sunnah lagi yang mengandungi 1001 khasiat dan fadilat yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia di dunia. Allah s.w.t adalah pencipta manusia maka Dia Maha Tahu akan apa yang baik untuk manusia. Bila kita amalkan sunnah nabi, bermakna kita cintakan nabi. Mana mungkin orang yang mengaku cintakan nabi dan ikut ajarannya benci pada janggutnya atau serbannya. Orang yang menjadikan artis-artis sebagai idola pun akan ikut segala fesyen artis itu dari rambut hingga ke hujung kaki. Kita mengaku Islam dan bernabikan Muhammad s.a.w, tetapi kita mencemuh janggut nabi, jubah nabi dan serban nabi.

Bila kita amalkan sunnah nabi dalam kehidupan, nanti Allah s.w.t mudahkan hidup kita. Sebab Allah telah letakkan asbab-asbab dunia sebagai keberkatan kepada orang yang amalkan sunnah nabi tadi. Dia amalkan makan cara nabi, Allah mudahkan sistem penghadamannya. Dia amalkan istinjak cara nabi, buang air kecil cara nabi, buang air besar cara nabi nanti Allah mudahkan sistem perkumuhannya, luaskan saluran perkumuhannya, tidak seperti orang yang tidak beristinjak cara nabi. Dia tidur cara nabi, Allah tegakkan tulang belakangnya, Allah jaga tubuhnya selama dia tidur. Ini belum lagi amal apa yang Allah sudah WAJIBKAN macam solat fardu. Kelebihan berdiri, rukuk, sujud, duduk dalam solat. Semua itu ada sebab dari segi kesihatan,dari segi biologi, kimia dan fizik. JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT, IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.

Oleh itu tuan-tuan, marilah kita amalkan sunnah nabi. Sebab apa tuan-tuan?

SEBAB DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN



Ya Allah! Rupanya Engkau telah letakkan kejayaan di dalam sunnah nabi. Ya Allah! Pilihlah kami untuk amalkan sunnah kekasih-Mu. Ya Allah! Mudahkan kami untuk amal sunnah kekasih-Mu!

sumber : http://mistisfiles.blogspot.com/

[+/-] Read More...

Tuesday, April 5, 2011

Tanda Kiamat Di Tepi Kaabah : Menara Jam Diraja Mekah

Sebuah menara jam tertinggi di dunia baru sahaja siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.

Menara jam berketinggian 601 m

Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalah ruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sudut menara adalah berukuran 43 × 43 m menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. Jam ini menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.

Terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram



Diterangi dua juta cahaya LED pada waktu malam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_H77ubhGrx326udAHcj4l5nGS8N4UdgDHuQMxo5l9Vul-F1ATu6eclZLjdxhrwB7V3CJfpb-r8ibvE7u0X9sD8Z7v4GExU7vyomzO_7Wv_76dhISMd_WMnUK1-5mHTFrTSe-gtrJphM_e/s1600/201026mac987-716935.gif
Perbandingan ketinggian di antara bangunan-bangunan lain

Sebelum mengakhiri entry ini, marilah kita menghayati sabda Rasulullah SAW berikut. Walaupon hidup lebih 1431 tahun dahulu, baginda telah mengetahui apa yang bakal berlaku hari ini, membuktikan kebenaran Rasul sebagai utusan Allah. Subhanallah...

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

[+/-] Read More...

Tuesday, February 8, 2011

Ramuan Mi Segera yang merbahaya!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8FiqlA27aKe2Zngg0f5bWeYe6RB8-BKbrtEsqSl-xUPXJUkPv5ulo6Mp-ZSVc-LonB8ElVBfriw6ewjK0DfX6iqgi49lX5zdocG9IMenkgop4_0-fS3lKCq57BwnDlrYqDnh3mO367Coz/s1600/mee.jpg

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

  1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
  2. Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
  3. Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
  4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
  5. BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
  6. Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
  7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
  8. Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
  9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
  10. Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

[+/-] Read More...

Friday, October 22, 2010

BOTOL PLASTIK BOLEH SEBABKAN BARAH

Bottled Water Without the Controversy (image from how can I recycle this on Flickr)

Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.
Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.
“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.



“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.

sumber : http://anerbysdhom.blogspot.com

[+/-] Read More...