Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Mahasiswa sudah matang! Hapuskan Akta 174 & AUKU!

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mahasiswaberpolitik/pix_gal1

Era pascamerdeka menyaksikan kemodenan teknologi dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Pertumbuhan institusi pendidikan dan Ianya diikuti dengan perkembangan gerakan mahasiswa yang sememangnya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Perbicaraan mengenai gerakan mahasiswa ini seringkali memenuhi ruang diskusi kini dalam kalangan masyararkat sama ada perbicaraan mengenai kajian secara formal sehinggalah perbualan di kedai kopi. Perbahasan agenda mahasiswa ini telahpun memenuhi ruang entiti masyarakat kerana mahasiswa bukanlah golongan yang terkebelakang dalam proses sosial dan demokrasi. Golongan mahasiswa ini dianggap sebagai entiti yang ‘murni’ kerana peranan mahasiswa dan gerakannya terlalu banyak dalam proses pendemokrasi di Negara luar.

Golongan mahasiswa yang juga acap kali diingatkan bahawa merekalah yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan Negara suatu masa kelak; namun mereka juga sering dimomokkan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mengenai pembabitan mereka dalam pelbagai aktiviti terutamanya politik. Jelas kenyataan bercanggah ini satu hipokrasi. Malangnya wacana yang dibentuk pihak berkuasa tidak menghiraukan aspirasi dan keperihatinan golongan mahasiswa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEhBGsdREMjLDSngqTElSIvhi3BV6UvRRmaEAcjMYYi6xIYLZxmJlvS8OfjJjvrJNH321q3vj7YpqXTfY9ZwwiNoXVXJn5nyMgY5f1zgGLQzpHFXQgyGirLqrHAak8_WSXpfI2znFXAoI/s1600/73463_165456280144941_100000417107218_423895_1977952_n.jpg

Penahanan mahasiswa yang mengikuti kempen pilihanraya kecil yang lalu jelas menunjukkan bahawa hak keistemewaan yang dikecapi oleh belia hilang secara tiba-tiba apabila mereka mendaftarkan diri sebagai mahasiswa. Ironinya, penahanan mereka ini hanya kerana mengedarkan risalah untuk memeriahkan lagi proses demokrasi di Negara kita seperti mana Negara lain yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

Mungkin ada pihak yang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri kerana gerakan mahasiswa mampu untuk menjatuhakn sesebuah pemerintahan melalui beberapa siri gerakan mereka ini. Kita tidak dapat membohongi sejarah yang lampau mengenai potensi mahasiswa yang kita ada. Sejarah telah menyaksikan gerakan mahasiswa amat berkesan dalam perubahan corak dan pola politik di sesebuah Negara.

Kejayaan mahasiswa dalam menjatuhkan banyak pemerintahan di Negara luar telah membuka mata ramai pihak mengenai potensi dan kebolehan mahasiswa. Sebut sahaja mengenai peristiwa penggulingan Presiden Argentina iaitu Presiden Juan Peron, ianya juga dikaitkan dengan Mahasiswa yang bertindak sebagai lapisan pertama pembangkang Peronist melawan pihak pemerintah pada masa itu dengan mengunakan slogan mereka yang tersendiri iaitu “No to cheap shoe dictatorship”. Perhimpunan yang dimulakan oleh golongan mahasiswa itu menyeru rakyat lain untuk berhimpun sehingga membawa kepada pengulingan Presiden Juan Peron pada tahun 1955.

Mahasiswa juga terlibat dengan lansung dalam pengulingan Presiden Iran iaitu Presiden Shah Mohamad Reza Pahlevi sehingga tercetusnya revolusi Iran. Kita singkap kembali sejarah revolusi Iran. Mahasiswalah yang memainkan peranan penting dalam peringkat pertama revolusi Iran apabila sejumlah mahasiswa Islam menentang kepimpinan Shah dengan mengadakan demonstrasi. Kerajaan Shah kemudiannya menghantar tentera untuk menenteramkan demonstrasi tersebut sehingga menyebabkan beberapa orang mahasiswa terbunuh. Akibat daripada peristiwa pembunuhan mahasiswa tersebut, maka tercetusnya pergeseran di Tabriz sehingga tercetusnya peristiwa revolusi Iran melalui perhimpunan oleh rakyat Iran yang lain. Revolusi Iran berlaku dengan kepimpinan Ayatollah Khomeini mengambil alih kepimpinan Shah Iran.

Pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos pada tahun 1986 melihatkan peranan gerakan mahasiswa di Filipina dalam memperjuangkan hak dan keadilan sejagat. Kira-kira 50 ribu mahasiswa dan pekerja menyerbu kediaman Malancang pada 30 Januari 1970 untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan mereka terhadap pemerintah diktator Ferdinand. Kejayaan mahasiswa dalam penawanan beberapa tempat di Filipina tersebut membuktikan bahawa mahasiswa bukanlah golongan yang lemah dan golongan yang boleh ditutup mulut untuk mengikut rentak pemerintah yang sumbang.

Sejarah telah mencoretkan peranan yang amat besar dilakukan oleh gerakan mahasiswa selaku penggerak utama terhadap terjadinya perubahan sosial, budaya, politik dan lain-lain. Kekuatan mahasiswa ini dibuktikan dengan peristiwa pengulingan Juan Peron di Argentina pada tahun 1955, Perez J Menez di Venezuela pada tahun 1958, Soekarno di Indonesia pada tahun 1966, Ayub Khan di Pakistan pada tahun 1969, Reza Pahlevi di Iran pada tahun 1979, Jeneral Chun Doo Hwan di Korea Selatan pada tahun 1087, Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1985 dan Soeharto di Indonesia pada tahun 1998.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlPu4eUOAstBA3AqPPYK5iZ2tGT6J8Qynel0u8IG49EBz3Ev1am9kV3ALhYMjWPsfJyR19DdLyO8butxiWQqxOWvP-gYLIINv4fBetgtP8xWqKttPXCd1iV4LfYdN5LCYnSjy24Lj9OTQ/s1600/n.jpg

Walaupun majoriti peristiwa pengulingan pemerintahan itu tidak dimonopoli oleh gerakan mahasiswa kerana ada komuniti lain yang turut menyertainya sehingga tercetus gerakan revolusi, namun gerakan mahasiswa memainkan peranan yang penting dalam menjadi ejen pengerak kepada tercetusnya perubahan pemerintahan tersebut. Siri pengulingan ini berlaku akibat daripada penyelewengan dalam pemerintahan dan juga korupsi.

Pembabitan mahasiswa dalam banyak peristiwa di seluruh dunia ini membuktikan besarnya peranan dan pengaruh mahasiswa dalam sesuatu kepimpinan sesebuah Negara. Sebagai seorang anggota masyarakat, kita tidak seharusnya memandang remeh mengenai peranan mereka ini kerana golongan mahasiswa yang kita ada ini. Mereka juga merupakan mahasiswa yang berumur lebih 21 tahun dah sudahpun matang mengenai politik yang ada di Negara kita. Jika Negara maju dapat membenarkan rakyatnya mengundi ketika umur serendah 18 tahun, kenapa di Negara kita menghalang mahasiswa yang berumur diatas 21 tahun untuk berpolitik?

Jika mahasiswa itu tidak matang untuk masuk ke dalam politik, apakah belia yang tidak masuk ke universiti dan sama umur dengan mahasiswa itu matang berpolitik? Hal ini seolah-olah menghilangkan keistimewaan orang yang bergelar mahasiswa sedangkan merekalah yang menjadi harapan kepada masyarakat di luar untuk memacu masa depan yang gemilang. Pengarahan kepada AUKU berlaku apabila kerajaan menegaskan pelajar tidak dibenarkan bergabung atau menyokong mana-mana parti politik dan kesatuan sekerja. Hal ini merupakan kesedaran pihak kerajaan untuk mencegah kebangkitan pelajar melalui perundangan.

Larangan pelajar untuk mengikuti politik (bukan menyertai parti politik) akan menjauhkan pelajar dengan rakyat dan menyekat idea pelajar menyumbang kea rah pembangunan. Sokongan mana-mana pihak pelajar kepada mana-mana pertubuhan parti politik tidak bermakna mereka menyokong parti tersebut.

Secara tuntasnya, mahasiswa bukanlah golongan yang masih lagi dianggap sebagai dangkal dan kebudak-budakan. Sejak dari zaman berzaman mahasiswa telah dihalang untuk melalui kancah politik. Penulis berharap agar mahasiswa diberikan layanan yang sama rata dengan rakyat Malaysia yang lain untuk boleh bergiat dalam politik. Mahasiswa inginkan bahawa mereka bebas berpolitik bukannya memasuki parti politik. Pemikiran mereka sudahpun matang bagi menilai sesuatu perkara. Justeru itu, sudah tiba masanya untuk memansuhkan AUKU dan Akta 174 yang menajadi tembok penghadang kepada kebebasan golongan mahasiswa kini.

sumber : http://www.wandyblog.com/

[+/-] Read More...

Saturday, January 15, 2011

Keputusan Pilihanraya Kampus Politeknik Kota Kinabalu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitBw-NU8GmtQ96ZrsBwpy0-ZBttkBY8DGgAbgax4Cnl6ndsMpLJQwoZuk_gQVIrRhEob0PNBRK_FbybTXo8gJS_HMAWP4PtabgIsb84a3_s1APsJRHlmbN9d3sWbsHnS00STIzxOdnw0Q/s1600/170370_1752958307542_1346444787_1903289_2615310_o.jpg

Berikut adalah keputusan penuh Pilihanraya Kampus Politeknik Kota Kinabalu :

Al Mutahhara Bin Haji Kamaruddin - 2032 Undi
Zulbada Bin Alior - 1878 Undi
Asrul Bin Dualin - 1454 Undi
Yee Pui Man - 1419 Undi
Dg Junaijah Bt Sani - 1417 Undi
Hasmiati Bt Amir - 1313 Undi

Keputusan: Al Mutahhara Bin Haji Kamaruddin menang dengan Majoriti 154 Undi, mengalahkan pencabar terdekat, iaitu Zulbada Bin Alior

[+/-] Read More...

Thursday, January 13, 2011

Mahasiswa Perlu Urus Pilihanraya Kampus Sendiri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiO0XN9aa1DwwENP9U6RL5zf5lWS2z9iRGXQwAVsif2An_7__6Xyc4hsOCXXNTEb6f2Wnsf22tMQJOWedxZaxi9o1j-lghqbH2WCdq3M_1azlt6qig6PMx-ih8k3p7RXBdUH_n5NYC9_0Wc/

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Gendang pilihanraya kampus mulai terasa dengan beberapa kampus sudah mengumumkan tarikh penamaan calon dan pilihanraya kampus. Pilihanraya kampus adalah titik tolak ke arah pilihanraya umum di Malaysia.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyokong penuh kenyataan yang dibuat Pengerusi Pro-Mahasiswa Malaysia UPM yang menggesa agar Pilihanraya Kampus diurus dan dikawalselia oleh mahasiswa sendiri.

Mahasiswa telah mempunyai pengalaman pahit yang mencalarkan imej Demokrasi Kampus dengan campur tangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan peraturan-peraturan ‘nyanyuk’ dan tidak masuk akal. Tambahan lagi bila mana dilaksanakan Sistem E-Voting yang lebih mengeruhkan Ketelusan Pilihanraya Kampus.

Saya berharap agar cadangan Mahasiswa untuk menguruskan sendiri Pilihanraya Kampus (PRK) diambil serius oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pihak Pentadbiran Universiti. Sudah tiba masanya, pemurniaan Demokrasi Kampus
diberikan nafas baru pada awal tahun 2011 ini.

Seluruh mahasiswa inginkan keadilan dan ketelusan di dalam Pilihanraya Kampus dan berikan peluang seluas-luasnya buat mahasiswa untuk memilih pemimpin mereka tanpa ada campur tangan daripada pihak-pihak berkepentingan.

Kehadiran pemerhati luar seperti MAFREL dan SUHAKAM juga akan melicinkan proses Pemurniaan Demokrasi di kampus kerana pemerhati ini akan dipertanggungjawabkan untuk menilai samada Pilihanraya tersebut telus atau sebaliknya bagi kepuasan
calon-calon yang bertanding.

Dengan satu hasrat dan satu semangat, Demokrasi Kampus harus diberikan nafas baru dan Mahasiswa perlu melaksanakan Pilihanraya Kampus mereka sendiri bagi sesi kali ini.

MOHD RIDZUAN BIN OTHMAN
SETIAUSAHA GERAKAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

sumber : http://www.keadilandaily.com/mahasiswa-perlu-urus-pilihanraya-kampus-sendiri/

[+/-] Read More...

Saturday, December 25, 2010

Pilihanraya Kampus Penentu Halatuju Pelajar



Pilihanraya kampus, merupakan satu penerapan sistem demokrasi di dalam IPT. Melalui sistem ini kepimpinan pelajar kampus dapat ditentukan dengan kuasa penuh berada di tangan para pelajar bagi menentukan pemimpin pilihan mereka. Calon pilihanraya yang mendapat suara majoriti akan mendapat mandat daripada pelajar untuk memimpin.

Walaupun ini merupakan kali kedua pilihanraya kampus akan dilaksanakan Politeknik KK, namun masih ada golongan yang berpendapat ianya sekadar melantik pemimpin. Ada yang tidak sedar, selain berperanan sebagai sistem yang bakal menentukan kepimpinan kampus, sebenarnya pilihanraya kampus juga merupakan penentu kepada halatuju pelajar Politeknik KK itu sendiri.

“Bagaimana kamu memilih pemimpin, begitulah kamu akan dipimpin”

Halatuju pelajar yang dimaksudkan di sini ini ialah dari aspek politik, sosial dan juga beberapa elemen yang berkait rapat seperti kebajikan dan kebebasan para pelajar. Di mana para pemimpin yang bakal dilantik ini lah yang bakal bertindak sebagai pengemudi kepada para pelajar sama ada akan berlaku perubahan ataupun tetap ditakuk lama.

Melalui sejarah ada beberapa situasi yang boleh kita ambil contoh betapa proses menentukan kepimpinan ini akan mempengaruhi halatuju sesebuah masyarakat. Antaranya proses pembentukan khulafah ar-rasyidin, di mana pemilihan pemimpin berdasarkan sistem syura telah dilaksanakan dengan baik sekali. Hasilnya sistem politik Islam semakin meningkat dari masa ke semasa, sehingga membawa penawanan Rom dan Parsi.

Bukan itu sahaja, jika kita lihat kepada pembentukan negara kita sendiri kita boleh melihat betapa proses pemilihan kepimpinan itu boleh menentukan pembentukan sebuah masyarakat. Contohnya di utara tanah air, dengan proses pemilihan yang mengutamakan pemimpin ulama’ sebagai barisan hadapan akhirnya terbentuk sebuah masyarakat yang berpegang teguh kepada Islam.

Walau bagaimanapun, bagi peringkat kampus tidak dinafikan ada beberapa faktor luaran yang boleh menggagalkan keberkesanan perlaksanaan sistem pilihanraya sekaligus menjadikan pilihanraya sebagai satu pembaziran wang dan masa. Antaranya ialah pendirian pihak HEP atau Hal Ehwal Pelajar yang bersikap terbuka atau sebaliknya kerana bagi peringkat Politeknik kuasa pelajar adalah terletak di bawah HEP berbanding di Universiti yang berada di bawah bidang selia Naib Canselor.

Melalui beberapa tinjauan secara kasar dalam kalangan pelajar Politeknik KK, rata-rata pelajar sebenarnya mahukan JPP yang bertindak atas kepimpinan sendiri semenjak Pilihanraya kampus yang pertama lagi namun ia tidak menjadi kenyataan. Tidak kurang juga ada yang berpendapat pilihanraya kampus sia-sia kerana pemimpin tidak mampu menyuarakan apa yang mereka mahukan.

Jika ini berterusan pada Pilihanraya Kampus 13 Januari 2011 ia kemungkinan besar akan memberikan kesan terhadap kesedaran politik para pelajar pada masa mendatang.

Kesimpulan, para pelajar perlu menyertai pilihanraya kampus ini dengan prihatin dan HEP perlu membuka ruang kepada kepimpinan kampus masa hadapan. Ia bukan hanya untuk anda, tetapi semua. Setiap undi akan turut dipersoalkan di akhirat kelak oleh itu pilihlah dengan bijak.

Sumber : http://islahpkk.blogspot.com/

[+/-] Read More...