Showing posts with label Solat Sunat. Show all posts
Showing posts with label Solat Sunat. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

44 Rakaat Sehari Semalam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVrYenH1USeRbvAyQytIyo3NX0yfd_OJK-0UtisYryB_pUYtMfXBHSZ_V2XBz8aZcuOFAX46_93kXCABUgTjCztAJyfwtHRWLMeA2Hztwwqfepd29cleQZmgFd2WN_8BUBPxIVInbaako/s1600/2254224767_55940e3ed9.jpg

Solat sunat disyariatkan adalah untuk membangkitkan jiwa kita mempertinggikan mutu ibadat kepada Allah swt disamping memberi kesempatan kepada kita untuk berlumba-lumba memperolehi kebajikan dan kesempurnaan dari sudut pengabdian kepada Allah swt.

Seorang mukmin sejati tidak pernah merasa puas apabila dia hanya berada pada tahap menghampiri diri pada Allah dengan jalan melakukan segala yang fardhu sahaja, tetapi dia mahu naik ke maqam yang lebih tinggi lagi, yakni maqamam mahmudah atau maqam yang terpuji dengan melaksanakan ibadat-ibadat tambahan, yang dalam hal ini ialah solat-solat sunat.

Sekurang-kurang solat bagi orang yang bertaqwa ialah 44 rakaat sehari semalam, dengan perincian seperti berikut :
  1. Sepuluh rakaat dilakukan pada waktu Zuhur, yakni 2 rakaat solat sunat Wuduk, 4 rakaat rawatib Zuhur (qabliyah dan ba'diyah) dan empat rakaat sembahyang Zuhur.
  2. Enam rakaat pada waktu Asar, yakni 2 rakaat solat sunat Wuduk dan 4 rakaat sembahyang Asar.
  3. Tujuh rakaat pada waktu Maghrib, yakni 2 rakaat solat sunat Wuduk, 3 rakaat solat Maghrib dan 2 rakaat solat sunat rawatib Maghrib.
  4. Lapan rakaat dilakukan pada waktu Isyak, yakni 2 rakaat solat sunat Wuduk, 4 rakaat solat Isyak dan 2 rakaat solat Rawatib Isyak.
  5. Dua rakaat solat Tahajjud.
  6. Satu atau tiga rakaat solat Witir dengan 1 salam.
  7. Enam rakaat dilakukan pada waktu Subuh, yakni 2 rakaat solat Wuduk, 2 rakaat solat sunat Rawatib Subuh dan 2 rakaat solat Subuh.
  8. Dua rakaat solat sunat Dhuha.
Selain itu, ada lagi solat sunat yang termasuk kepada sunat muakkad, iaitu solat sunat Tahiyyatul Masjid, yang dapat kita laksanakan setiap kali memasuki masjid.

[+/-] Read More...

Jenis-jenis Solat Sunat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirdUSNFc_ECHhv-cMmC4jNhyphenhyphenJ7H5sjfH60VUEC_d_zz32pBiJqibmyGgqCHeE6XGaEAkz2dhO7AOiBQ0EO1BU9t6j8szEUybSZ-9hvCr1YNWIb8PhxdVd177oTkXj8ZX3kr7yRb68ufhbl/s400/solat.jpg

Walaupun "sunat" tetapi banyak perkara yang perlu diketahui mengenainya supaya dapat diamalkan dengan sempurna. Solat sunat ialah ialah solat yang dilakukan oleh seorang muslim dengan kerelaan hatinya sendiri, sama ada solat itu dilakukan pada waktu malam ataupun pada waktu siang. Solat sunat terbahagi kepada 4 jenis iaitu :

1. Solat Sunat Ghairu Muaakkadah

Yang dikatakan solat sunat ghairu muaakkadah ialah solat-solat sunat yang tidak begitu kuat anjuran untuk melakukannya. Solat tersebut ialah solat sunat sebelum Maghrib, solat sunat sebelum Isyak dan solat sunat sebelum Asar. Termasuk juga ke dalam kategori ini ialah solat Dhuha.

2. Solat Sunat Muakkad

Solat sunat Muakkad ialah sembahyang sunat yang amat digalakkan untuk melakukannya, dan sentiasa dilakukan oleh Rasulullah saw. Solat sunat yang termasuk dalam solat sunat muakkad ialah solat Rawatib iaitu 2 atau 4 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat sesudah Isyak, 2 rakaat sebelum Subuh, solat Witir, solat Tarawih, solat Aidil Adha dan beberapa jenis solat yang lain.

3. Solat Sunat Muqayyad

Solat sunat yang dilakukan sebab berhubungan dengan suatu masalah. Dilihat dari sebabnya, maka solat muwayyad ini terbahagi kepada 2, iaitu :
  • Solat sunat yang disyariatkan sebagai mengiringi solat-solat fardhu, yang dikenali juga dengan nama solat Rawatib.
  • Solat sunat yang disyariatkan bukan sebagai pengiring bagi solat fardhu, seperti solat Dhuha, Witir dan seumpamanya.

4. Solat Sunat Mutlaq

Solat sunat mutlaq ialah solat yang dilakukan semata-mata kerana hendak melakukan amalan sunat. Untuk ini seseorang hanya memadai berniat sahaja untuk melakukan solat tanpa menyebutkan nama solatnya.

[+/-] Read More...